Latest News & Updates
4 JUN 2022: TAKLIMAT PENDAFTARAN PENGAMAL PROFESION SKB
Pada 4 Jun 2022 telah berlangsung satu taklimat pendaftaran pengamal profesion Kesihatan Bersekutu secara atas talian. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Noraidah Ismail dan En. Saravanakumar, dengan tetamu undangan iaitu Pn. Farina Zulkarnain, selaku Pengarah BSKB.
5 MEI 2022: MAKLUMAN TERKINI MENGENAI AHP
Berikut adalah perkembangan mengenai pendaftaran Profesion Kesihatan Bersekutu selepas persidangan Majlis yg dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.
- Tentatif pendaftaran akan bermula pada Julai 2022.
- Memandangkan terdapat lebih 40,000 pengamal yg akan mendaftar, Majlis bersetuju dengan kaedah penggiliran pendaftaran. Pendaftaran akan bermula dengan Profesion yg mempunyai kontak secara langsung (direct contact) dengan pesakit, diikuti Profesion yg tidak mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit.
- Sekretariat Akta, BSKB dan Majlis akan melaksanakan “educational awareness” utk semua profession secara aktif. Pendidikan penguatkuasaan ini bermaksud memberi kesedaran pendidikan kepada pengamal yang layak tetapi belum mendaftar. Namun begitu penguatkuasaan undang-undang masih belum dilaksanakan sehingga tempoh mendaftar tamat iaitu pada Jun 2025.
- Majlis telah menetapkan tempoh pendaftaran bagi pengamal sedia ada adalah sehingga Jun 2025 (Rujuk Seksyen 46- peruntukan peralihan).
- Roadshow berkenaan pendaftaran pengamal profesion kesihatan bersekutu akan dijalankan oleh Sekretariat Akta, BSKB, yang dijangka akan berlangsung pada Mei – Julai 2022.